Seramai 151,729 penerima manfaat Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) dikesan menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit (NCD).

Kadar itu mewakili 33 peratus daripada keseluruhan 457,462 penerima PeKa B40, selepas mereka menjalani saringan kesihatan di kemudahan berkaitan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, ketika memaklumkan perkara itu, berkata data yang diperoleh berdasarkan Laporan PeKa B40 2019-2020 itu amat membimbangkan.

Sumber video: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/329122848878485